Soalan Lazim (FAQ)

Pertandingan Membaca Buku Antarabangsa 2026

1) Siapakah penganjur?

Pertandingan ini dianjurkan oleh ULUED – International Educators Association (Uluslararası Eğitimciler Derneği) yang berpangkalan di Türkiye, bersama Hayrat Malaysia.

2) Buku apa yang digunakan untuk pertandingan ini?

Buku yang digunakan ialah Melihat Di Sebalik Epal. Semua soalan peperiksaan akan diambil berdasarkan kandungan buku ini.

3) Bagaimana cara untuk mendaftar?

Pendaftaran boleh dibuat secara online di: https://www.masadepangemilang.com/kayit

4) Bilakah tarikh pendaftaran dan peperiksaan?

  • Tarikh tutup pendaftaran: 26 Mac 2026
  • Tarikh peperiksaan: 27 Mac 2026 (Jumaat)
  • Masa: 8.00 malam

Ujian dijalankan secara online selama 1 jam dan dibuat serentak di seluruh Malaysia.

5) Format peperiksaan bagaimana?

6) Siapa yang layak menyertai?

Terbuka kepada pelajar sekolah menengah:

  • Tingkatan 1 & 2
  • Tingkatan 3 & 4
  • Tingkatan 5 & 6

(Terbuka kepada semua sekolah.)

7) Yuran penyertaan?

Percuma.

8) Jika tidak menang, adakah tetap mendapat sijil?

Ya. Setiap peserta akan menerima Sijil Penyertaan jika berdaftar dan mengikuti ujian.

9) Kategori Anugerah

  • 85% – 100% : Sijil Emas
  • 70% – 84% : Sijil Perak
  • 55% – 69% : Sijil Gangsa

10) Ada hadiah wang tunai?

Ya. 3 peserta terbaik bagi setiap kategori (markah tertinggi dan masa terpantas) akan menerima hadiah wang tunai.

11) Adakah pertandingan ini mendapat pengiktirafan PAJSK?

Ya.

  • Mendapat pengiktirafan PAJSK peringkat antarabangsa
  • Telah mendapat pengetahuan daripada BSKK, KPM
  • Surat PAJSK akan dikeluarkan selepas ujian dan pengumuman pemenang

12) Perlu beli buku ke?

E-book dan audiobook diberikan secara percuma.

Baca e-book di sini: https://zkitap.ulued.org/elmadan-bakmak/malayca/index.html#p=1

Dengar audiobook di sini: https://www.youtube.com/watch?v=mGhgjKbapzw

Buku fizikal perlu dibeli secara berasingan: https://my.shp.ee/Ak5KfsBN

13) Dalam bahasa apa pertandingan ini diadakan?

Pertandingan ini diadakan dalam 17 bahasa dan terbuka kepada peserta dari 7 benua.

14) Bolehkah keputusan dipertikaikan?

Semua keputusan adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.

15) Group WhatsApp Rasmi Peserta

Semua peserta berdaftar diminta menyertai Group WhatsApp Rasmi. Link group akan diberikan di email selepas pendaftaran berjaya.

Dalam group ini akan dikongsikan:

  • Nota penting
  • FAQ
  • Tips persiapan peperiksaan
  • Peringatan tarikh dan maklumat terkini

Semoga berjaya kepada semua peserta.